Wednesday, July 19, 2017

TIP MEMBUAT BUDGET KELUARGA

PADA setiap tahun semua rakyat Malaysia ternanti-nanti pembentangan budget negara oleh Perdana Menteri kita. Semua orang nak tahu apa yang naik dan apa yang turun. Semua orang nak tahu apakah kemudahan yang bakal diberikan oleh Kerajaan? Malah kakitangan kerajaan ternanti-nantikan pengumuman kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada mereka.

Sebelum membentangkan budget Perdana Menteri akan mengambil kira pendapatan negara daripada semua sumber sebelum membahagikan kepada kementerian-kementerian untuk  menggerakkan jentera Kerajaan.


Itu merupakan satu contoh mengapa perlunya negara membentang budget tahunan. Maka kita sebagai orang biasa juga perlu membuat budget keluarga secara bulanan. Budget ini bertujuan membantu kita merancang pendapatan dan perbelanjaan keluarga. 

Misalnya dalam budget kita perbelanjaan yang perlu dan wajib bersama perbelanjaan lain lebih daripada pendapatan maka kita perlu berfikir bagaimana kita hendak mendapatkan sumber pendapatan bagi menampung kekurangan itu.

Dalam artikel pendek ini akan diberikan panduan bagaimana kita hendak membuat perancangan budget bulanan keluarga. Perkara utama kita perlu mengumpul semua anggaran pendapatan kita.  Berapa gaji kita dan isteri kita dan adakah sumber-sumber lain yang boleh kita perolihi pada setiap bulan.

Setelah kita memperolehi semua sumber pendapatan  kita perlu memikirkan bagaimana perbelanjaan itu akan di belanjakan.  Kita perlu catitkan dengan secara terperinci segala perbelanjaan yang dibuat.  Kita boleh pecahkan kepada beberapa bahagian seperti perbelanjaan harian, bayaran tetap bulanan, bayaran tetap tahunan dan pembayaran berkala.


Perbelanjaan Harian adalah seperti belanja pasar, makan tengahari ditempat kerja, wang saku anak-anak. Pengangkutan seperti belanja petrol  dan tambang bas dan sebagainya.

Manakala bayaran tetap bulanan Pinjaman perumahan atau sewa rumah, pinjaman kenderaan , gas masak,  bil letrik dan air serta telefon, Perlindungan insuran, tambang bas persekolahan, memberi wang kepada ibu bapa, tambang bas sekolah dan bayaran langganan akhbar dan majalah. 

Disamping itu barangan penjaag diri seperti syampu, sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi dan seumpama itu perlu kita sediakan.

Bayaran tetap tahunan pula seperti lesen memandu, cukai jalan dan insuran kereta, yuran sekolah atau kolej, cukai pintu dan tanah, persedian sambutan hari raya dan balik kampung  dan lain-lain yang seumpamanya.


Sementara perbelanjaan berkala adalah  seperti merancang percutian, sambutan harijadi, bahan penjagaan kereta dan alat-alat di rumah, bayaran perubatan dan lain-lain.


Setelah kita senaraikan semua itu tenyata perbelanjaan yang kita rancang melebihi pendapatan maka kita kena cuba kurangkan kos perbelanjaan  misalnya mengurangkan bil telefon, cuba menjimatkan penggunaan air dan letrik, mungkin mengurangkan langganan akhbar dan majalan dan sebagainya. 

Sekiranya setelah memotong kos yang kurang perlu pendapatan kita masih belum mampu menampung perbelanjaan maka kita perlu mencari pendapatan kedua bagi membantu kita menyelesaikan masalah defisit perbelanjaan keluarga.




 KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL UTARA BIZ



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL UTARA BIZ




KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL UTARA BATAS



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL SPT



Sunday, July 9, 2017

Pusat Pemasaran Islah Bantu Urusan Dengan JPJ & Puspakom

Anda tinggal di Kulim? Ada urusan dengan JPJ dan Puspakom? Sila dapatkat khidmat dengan Pusat Pemasaran Islah! Berpejabat di Bangunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Kulim berhadapan dengan Pejabat Kebajikan Daerah Kulim.
Pengasas Syarikat Pusat Pemasaran Islah
Md. Rashid

Pusat Pemasaran Islah menyediakan perkhidmatan membaharui  Insuran Kenderaan, membaharui cukai jalan kenderaan  dan membaharui lesen memandu malah apa saja urusan yang berkiatan dengan JPJ dan Puspakom.

Menurut pegasas Pusat Pemasaran Islah, Md. Rashid Abd. Hamid, 58,  beliau mula menjalankan usaha ini sekitar tahun 1999 selepas diberhentikan kerja dibawah VSS oleh bank BMF. Bermula hanya  berjumpa kawan-kawan dan kini sudah mempunyai pejabat kecil untuk menjalankan usaha ini. Beliau dibantu oleh anak lelakinya dalam usaha menjalankan perniagaan ini.

Pusat Pemasaran Islah juga memberikan khidmat  membaharui roadtax  kenderaan tanpa perlu menggunakan geran kenderaan melalui sistem myeg.
Pejabat Md. Rashid
di Bangunan Persatuan Pesara Kerajaan Cawangan Kulim

Di samping menjalankan urusan insuran dan yang berkiatan dengan JPJ dan Puspakom Md. Rashid juga dilantik oleh Pejabat Zakat Daerah Kulim untuk menjadi Amil dan membolehkan beliau membuat kutipan zakat daripada masyarakat Islam di daerah ini.

“Pelbagai jenis zakat seperti zakat simpanan,  zakat emas, zakat pendapatan malah zakat fitrah setahun sekali boleh dibayar kepada saya”
Md. Rashid sedang melayan pelanggan


“Sebarang urusan baik pembayaran zakat mahupun  membaharui insuran kenderaan dan lain-lain   urusan dengan JPJ dan Puspakom boleh datang ke pejabat saya di Bangunan Pesara Kerajaan Cawangan Kulim berdepan dengan Pejabat Kebajikan Daerah Kulim atau telefon saya 019-4120 835. Insya Allah saya akan memberikan khidmat yang terbaik” ujarnya kepada PORTAL KULIM.

KLIK UNTUK TONTON VEDIO








Sunday, July 2, 2017

BANTU PENIAGA KECIL DENGAN BAKAT

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger  sudah lama terlibat dalam dunia penulisan lebih dari 30 tahun.  Sebelum datang dunia IT ni Blogger begitu teringin menerbitkan akhbar kecil  untuk pekan kecil seperti Kulim misalannya. Tujuannya untuk melapur apa yang menarik di kawasan itu disamping menyediakan planform iklan untuk para peniaga.

Blogger berharap dapat menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan dan penerbitan  untuk membantu para perniaga di kawasan ini. Blogger sedar dan yakin bahawa para perniaga juga sedar  pengiklanan merupakan segmenta yang teramat penting dalam usaha meningkatkan jualan.

Idea ini timbul setelah kawan baik Blogger  balik dari belajar di US, dia kata di sana hampir setiap pekan kecil ada akhbar sendiri. Sejak itulah  terniat dan tergerak di hati Blogger untuk menerbitkan akhbar seumpama itu. Namun untuk menerbitkan bentuk kovensional  rasanya tidak berbaloi kerana kos pencetakan agak tinggi. Jadi kos pengiklanan juga pasti tinggi dan membebankan peniaga kecil.

Namun setelah datangnya  zaman dunia tanpa sempadan perasaan itu datang kembali. Namun Blogger  belum mendapat konsep yang sesuai untuk melaksanakannya disamping kekangan urusan lain.  Kini Blogger  merancang menerbitkan portal seumpama akhbar kecil itu di beberapa kawasan. Oleh kerana kini Blogger  tinggal di Padang Serai Blogger  akan membina satu untuk Padang  Serai.  

Blogger juga akan membina satu portal untuk SPT kerana Blogger berasal daripada sana.  Disamping itu Blogger akan membina sebuah portal untuk Kulim kerana Kulim adalah kawasan tengah-tengah perjalan Blogger ke SPT dan satu lagi untuk kawasan Kepala Batas.

Hakikatnya portal ini bukan hanya portal iklan semata-mata,  Blogger akan menulis cerita mengenai “HUMAN INTEREST”, “PRIHATIN” dan ‘MASALAH SETEMPAT”.  Bagi merealisasikan hasrat ini Blogger memohon kerjasama  pembaca di kawasan yang terbabit untuk memberikan info kepada blogger melalui Whasapp atau SMS ke 019-560 7802, Blogger akan ke sana mendapatkan bahan.

Disamping itu Persatuan dan NGO dalam kawasan tersebut juga boleh memberi info mengenai program dan aktiviti yang akan dijalankan kerana Blogger akan membuka satu ruangan yang di namakan “DAIRI KULIM”.  Pemimpin persatuan dan NGO boleh juga menyalur maklumat kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS  ke  019-560 7802. Boleh juga di salur melalui E-Mel ke nurzaman20@gmail.com.


Blogger mengharapkan usaha kecil membantu perniaga kecil ini dapat memberikan manafaat yang besar kepada para perniaga manakala masyarakat di kawasan berkenaan juga dapat mengetahui  barangan yang diniagakan di kawasan  tersebut, serta mendapat info mengenai program serta aktiviti malah dapat membaca cerita-cerita menarik di kawasan sendiri.

Sekian terima kasih.