Sunday, July 2, 2017

BANTU PENIAGA KECIL DENGAN BAKAT

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Blogger  sudah lama terlibat dalam dunia penulisan lebih dari 30 tahun.  Sebelum datang dunia IT ni Blogger begitu teringin menerbitkan akhbar kecil  untuk pekan kecil seperti Kulim misalannya. Tujuannya untuk melapur apa yang menarik di kawasan itu disamping menyediakan planform iklan untuk para peniaga.

Blogger berharap dapat menggunakan segala pengalaman dibidang penulisan dan penerbitan  untuk membantu para perniaga di kawasan ini. Blogger sedar dan yakin bahawa para perniaga juga sedar  pengiklanan merupakan segmenta yang teramat penting dalam usaha meningkatkan jualan.

Idea ini timbul setelah kawan baik Blogger  balik dari belajar di US, dia kata di sana hampir setiap pekan kecil ada akhbar sendiri. Sejak itulah  terniat dan tergerak di hati Blogger untuk menerbitkan akhbar seumpama itu. Namun untuk menerbitkan bentuk kovensional  rasanya tidak berbaloi kerana kos pencetakan agak tinggi. Jadi kos pengiklanan juga pasti tinggi dan membebankan peniaga kecil.

Namun setelah datangnya  zaman dunia tanpa sempadan perasaan itu datang kembali. Namun Blogger  belum mendapat konsep yang sesuai untuk melaksanakannya disamping kekangan urusan lain.  Kini Blogger  merancang menerbitkan portal seumpama akhbar kecil itu di beberapa kawasan. Oleh kerana kini Blogger  tinggal di Padang Serai Blogger  akan membina satu untuk Padang  Serai.  

Blogger juga akan membina satu portal untuk SPT kerana Blogger berasal daripada sana.  Disamping itu Blogger akan membina sebuah portal untuk Kulim kerana Kulim adalah kawasan tengah-tengah perjalan Blogger ke SPT dan satu lagi untuk kawasan Kepala Batas.

Hakikatnya portal ini bukan hanya portal iklan semata-mata,  Blogger akan menulis cerita mengenai “HUMAN INTEREST”, “PRIHATIN” dan ‘MASALAH SETEMPAT”.  Bagi merealisasikan hasrat ini Blogger memohon kerjasama  pembaca di kawasan yang terbabit untuk memberikan info kepada blogger melalui Whasapp atau SMS ke 019-560 7802, Blogger akan ke sana mendapatkan bahan.

Disamping itu Persatuan dan NGO dalam kawasan tersebut juga boleh memberi info mengenai program dan aktiviti yang akan dijalankan kerana Blogger akan membuka satu ruangan yang di namakan “DAIRI KULIM”.  Pemimpin persatuan dan NGO boleh juga menyalur maklumat kepada Blogger melalui Whasapp atau SMS  ke  019-560 7802. Boleh juga di salur melalui E-Mel ke nurzaman20@gmail.com.


Blogger mengharapkan usaha kecil membantu perniaga kecil ini dapat memberikan manafaat yang besar kepada para perniaga manakala masyarakat di kawasan berkenaan juga dapat mengetahui  barangan yang diniagakan di kawasan  tersebut, serta mendapat info mengenai program serta aktiviti malah dapat membaca cerita-cerita menarik di kawasan sendiri.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment