Wednesday, July 19, 2017

TIP MEMBUAT BUDGET KELUARGA

PADA setiap tahun semua rakyat Malaysia ternanti-nanti pembentangan budget negara oleh Perdana Menteri kita. Semua orang nak tahu apa yang naik dan apa yang turun. Semua orang nak tahu apakah kemudahan yang bakal diberikan oleh Kerajaan? Malah kakitangan kerajaan ternanti-nantikan pengumuman kenaikan gaji dan pemberian bonus kepada mereka.

Sebelum membentangkan budget Perdana Menteri akan mengambil kira pendapatan negara daripada semua sumber sebelum membahagikan kepada kementerian-kementerian untuk  menggerakkan jentera Kerajaan.


Itu merupakan satu contoh mengapa perlunya negara membentang budget tahunan. Maka kita sebagai orang biasa juga perlu membuat budget keluarga secara bulanan. Budget ini bertujuan membantu kita merancang pendapatan dan perbelanjaan keluarga. 

Misalnya dalam budget kita perbelanjaan yang perlu dan wajib bersama perbelanjaan lain lebih daripada pendapatan maka kita perlu berfikir bagaimana kita hendak mendapatkan sumber pendapatan bagi menampung kekurangan itu.

Dalam artikel pendek ini akan diberikan panduan bagaimana kita hendak membuat perancangan budget bulanan keluarga. Perkara utama kita perlu mengumpul semua anggaran pendapatan kita.  Berapa gaji kita dan isteri kita dan adakah sumber-sumber lain yang boleh kita perolihi pada setiap bulan.

Setelah kita memperolehi semua sumber pendapatan  kita perlu memikirkan bagaimana perbelanjaan itu akan di belanjakan.  Kita perlu catitkan dengan secara terperinci segala perbelanjaan yang dibuat.  Kita boleh pecahkan kepada beberapa bahagian seperti perbelanjaan harian, bayaran tetap bulanan, bayaran tetap tahunan dan pembayaran berkala.


Perbelanjaan Harian adalah seperti belanja pasar, makan tengahari ditempat kerja, wang saku anak-anak. Pengangkutan seperti belanja petrol  dan tambang bas dan sebagainya.

Manakala bayaran tetap bulanan Pinjaman perumahan atau sewa rumah, pinjaman kenderaan , gas masak,  bil letrik dan air serta telefon, Perlindungan insuran, tambang bas persekolahan, memberi wang kepada ibu bapa, tambang bas sekolah dan bayaran langganan akhbar dan majalah. 

Disamping itu barangan penjaag diri seperti syampu, sabun mandi, sabun basuh, ubat gigi dan seumpama itu perlu kita sediakan.

Bayaran tetap tahunan pula seperti lesen memandu, cukai jalan dan insuran kereta, yuran sekolah atau kolej, cukai pintu dan tanah, persedian sambutan hari raya dan balik kampung  dan lain-lain yang seumpamanya.


Sementara perbelanjaan berkala adalah  seperti merancang percutian, sambutan harijadi, bahan penjagaan kereta dan alat-alat di rumah, bayaran perubatan dan lain-lain.


Setelah kita senaraikan semua itu tenyata perbelanjaan yang kita rancang melebihi pendapatan maka kita kena cuba kurangkan kos perbelanjaan  misalnya mengurangkan bil telefon, cuba menjimatkan penggunaan air dan letrik, mungkin mengurangkan langganan akhbar dan majalan dan sebagainya. 

Sekiranya setelah memotong kos yang kurang perlu pendapatan kita masih belum mampu menampung perbelanjaan maka kita perlu mencari pendapatan kedua bagi membantu kita menyelesaikan masalah defisit perbelanjaan keluarga.




 KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL UTARA BIZ



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL UTARA BIZ




KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL UTARA BATAS



KLIK IMAGE UNTUK KE PORTAL SPT



No comments:

Post a Comment